We use cookies to help provide and enhance our services and tailor content. For more information please click here. By continuing or closing this message you agree to the use of cookies.
Accept

Tentang Kami

Budaya Pasukan Kami

Bagaimanakah rasanya untuk bekerja di WorldVentures™? Bayangkan berjalan masuk ke pejabat setiap pagi dan disapa oleh orang yang betul-betul mengambil berat tentang diri anda dan yang ingin melihat anda berjaya secara peribadi dan profesional. Kami gembira dan menyambut kejayaan bersama, tetapi kami juga mencabar antara satu sama lain untuk melangkau lebih jauh. Kami menghargai keunggulan dan membantu satu sama lain dalam masa kesusahan. Kami adalah pengembara, berazam untuk menempa laluan baharu melalui industri yang ditakrifkan oleh kepercayaan, inovasi dan dahaga untuk mengejar lingkungan—nomad dan pelaksana yang percaya tiada sempadan yang tidak mungkin.

Kami adalah sebuah syarikat yang dibina atas kepercayaan bahawa kerja harus mendatangkan kepuasan kerana ia memperkaya dan kemajuan tersebut hanya boleh dilakukan apabila kami berkembang bersama-sama. Di sini, pendapat anda adalah penting. Di sini, anda sebahagian daripada keluarga kami.

Nilai Teras Kami

Pada asas perniagaan kami, segala-galanya yang kami lakukan, mempunyai 10 Nilai Teras. Nilai ini membimbing kami semasa kami membuat keputusan. Nilai ini memupuk kepercayaan antara ahli pasukan. Nilai ini mengingatkan kami jenis syarikat yang telah kami jadi.

Cerita Kami: Asal-Usul Kami

Pada tahun 2005, WorldVentures Pengasas dan Ketua Pegawai Wawasan Wayne Nugent telah membayangkan sebuah syarikat yang boleh memupuk kehidupan rohani, emosi, intelektual, fizikal dan kewangan ahlinya; sebuah syarikat yang disemarakkan oleh pengalaman mengembara, persahabatan seumur hidup dan yang tidak dapat dilupakan. Untuk tempoh 10 tahun, WorldVentures telah menjadi satu daripada syarikat jualan langsung keahlian kelab percutian antarabangsa yang terkemuka di dunia.

WorldVentures merupakan sebuah syarikat milik persendirian dengan Wakil Bebas aktif dan ahli dalam 30 pasaran. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan spektrum penyelesaian inovatif untuk memberikan kuasa kepada generasi dan menyokong potensi dan janji komuniti global kami.

MEET THE TEAM

Perkara Yang Sedang Kami Lakukan Sekarang

Di WorldVentures, kami mengambil berat tentang semua pekerja kami — kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan mereka. Manfaat bekerja di sini tidak berakhir dengan peruntukan insurans perubatan, mata dan pergigian yang komprehensif. Kami mahu memastikan ahli pasukan kami berasa seimbang dan puas hati dalam setiap aspek kehidupan.

Keperluan

Keperluan Asas

Semua ahli pasukan kami mempunyai akses kepada opsyen penjagaan kesihatan yang berdaya saing serta pembayaran balik penjagaan kesihatan dan perbelanjaan yang fleksibel.

Tambahan

Tambahan

Antara manfaat bekerja untuk syarikat yang suka berhibur sambil bekerja keras ialah 15 hari cuti berbayar, 10 hari cuti am selain sebagai tambahan untuk hari jadi anda, Perkhidmatan Tetamu untuk 24/7, program 401k dan kesatuan kredit — sekadar menyebut beberapa manfaat saja.

Faedah istimewa

Faedah Istimewa

Kepuasan kerja adalah lebih bermakna daripada manfaat dan gaji yang banyak. Kami menawarkan ahli pasukan kami pelbagai peluang untuk perkembangan peribadi dan profesional, dari bengkel kepimpinan kepada acara budaya kepada cabaran kesihatan dan kecergasan.

Cara untuk Memperoleh DreamTrips Points

Program kesetiaan kami membantu anda mengembara dengan lebih banyak. Dapatkan DreamTrips ™ Points pada hari anda menyertai kami—dan kumpulkan dengan lebih banyak setiap bulan—untuk digunakan terhadap Reward DreamTrips eksklusif yang penuh dengan pengalaman dan kemasukkan yang dinaik taraf. Anda juga boleh memperoleh mata dengan menikmati pengalaman terbaik di bandar anda atau makan seperti orang tempatan dari senarai panjang restoran yang terpilih kami samaada di bandar utama atau di seluruh dunia. Apakah komuniti lain yang yang membolehkan anda makan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama kawan dan keluarga? Temui lebih banyak cara untuk mengembara lebih cepat dengan program DreamTrips Rewards.

MASA DEPAN KAMI TERMASUK ANDA

Sertailah komuniti erat ini yang terdiri daripada golongan profesional yang gemar mengembara, bekerja dan berhibur bersama. Kami menumpukan pada penyampaian pengalaman yang bermutu tinggi kepada keluarga global kami dan kami sedang mencari individu berbakat seperti anda untuk membantu kami merealisasikan wawasan kami. Sertailah kami dalam perjalanan ini dan temui perkara yang dimaksudkan dengan mencari rezeki melalui apa yang anda lakukan.

Lihat Kerjaya

Jenama KAMI

Jenama kami adalah jemputan yang berpengaruh untuk menyertai komuniti yang penuh dengan kegembiraan, bersedia untuk mengambil perjalanan penemuan diri yang merealisasikan impian menjadi kenyataan. Hubungan ini bersimpul dan bersatu di bawah satu matlamat yang sama: untuk mencipta dunia sebagai tempat yang lebih menyeronokkan daripada semasa kami menemuinya. Berkenalanlah dengan keluarga jenama kami.

wv-logo

Membantu orang untuk mencapai impian mereka. Merupakan kerjaya yang hebat dan itulah yang dilakukan oleh ahli pasukan kami di Pemasaran WorldVentures pada setiap hari. Sebagai cabang jualan langsung WorldVentures™ Holdings, pasukan kami mencipta dan menyediakan kelengkapan dan acara latihan yang bertaraf dunia dimana Wakil kami perlu untuk mencapai matlamat mereka dan menjual Keahlian DreamTrips™ .

DT-Brand-logo

Setiap hari, Ahli DreamTrips mengembara dunia, menempa laluan baharu ke penemuan diri dengan kawan dan keluarga. Untuk melakukan ini, semua yang mereka perlu lakukan adalah memilih destinasi. Pasukan kami akan mengendalikan yang selebihnya. Kami mengatur setiap perjalanan dari mula hingga akhir, dari pengangkutan lapangan terbang ke rombongan, dengan teliti supaya setiap pengalaman adalah unik dan tidak dapat dilupakan. Kita menukar impian kepada realiti. Ketahui dengan lebih lanjut di DreamTrips.com.

Dengan berbesar hati untuk membantu, WorldVentures Foundation™ menghasilkan perubahan positif bagi kanak-kanak di seluruh dunia.

Lebih daripada semata-mata suatu misi, perkhidmatan telah menjadi seruan yayasan sejak penubuhannya pada tahun 2010 sebagai sebuah organisasi bukan keuntungan A.S. 501(c)(3). Sehingga sekarang, organisasi bebas ini telah memimpin VolunTours dalam 100 komuniti sejagat, menderma lebih daripada 25,000 jam sukarelawan setiap tahun, melengkapi lebih daripada 30 Dream Courts™ dan mengumpul berjuta-juta dolar dalam derma kebajikan.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Memberikan Kembali

Kunjungilah Kami

Ingin tahu mengenai bagaimana kami lakukan apa yang kami lakukan? Kunjungilah Kami di Pejabat Plano, Texas, kami dibuka untuk lawatan dari Isnin hingga Jumaat supaya anda boleh bertemu dengan pasukan korporat kami dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai WorldVentures™. Anda hanya perlu menjadualkan lawatan anda 24 jam lebih awal.